3 keping isi ikan
3 biji kentang - di kupas dan potong empat
1/2 inci halia – di potong memanjang
3 ulas bawang merah - di hiris
3 ulas bawang putih - di hiris
4 tangkai cili padi – dipotong memanjang
Daun bawang dan sup
Jus limau (jika suka sup masam)
Garam secukup rasa
Air secukupnya - untuk kuah
Bahan Sos
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar sos tiram
Cara
penyediaan :
1. Tumis halia, bawang putih, cili padi dan bawang
merah hingga wangi.
2. Kemudian masukkan air dan reneh sehingga
mendidih. Masukkan pula kentang dan masak sehingga kentang agak empuk.
3. Masukkan isi ikan satu persatu ke dalam kuah sup.
Bila mendidih masukkan sos tiram, sos sotong/ikan, lada sulah dan garam.
4. Sesuaikan rasanya. Jika suka sup masam boleh
letak jus limau.