Translate

“Assalamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh”

Tuesday, August 4, 2015

BILA BERTEMU

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” (Surah YaaSin : Ayat 36)

Bila Bertemu..
Berkenalan, saat bertemu, berkasih sayang, berkasihan sebagai kawan, teman dan kekasih.
bersulam kasih diikat dengan pertunangan untuk mengeratkan hubungan cinta dan kekeluargaan.
cinta disatukan dalam ucapan kudus, akad nikah. perkahwinan yang menjadi sah dan pasti milik kita jua akhirnya.

suami isteri, ungkapan doa semoga janji disulam hingga hujung nyawa dan ke jannah, bersama berpimpin tangan dan cinta untuk sesebuah keluarga baru dengan zuriat kita.

“Wanita dikahwini kerana empat hal:
1) Kerana hartanya,
2) kerana keturunannya,
3) kerana kecantikannya, dan
4)kerana agamanya.
Maka, hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”. (Hadith Shahih Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175).

Rasulullah S.a.w bersabda yang mafhumnya, “Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”. (Hadith Riwayat Thabrani dan Hakim).

Sumber : hikmatun.wordpress.com


**Kembali ke TAZKIRAH dan RENUNGAN