Tekak
menjadi kering, petanda anda perlukan air? Sesetengah orang menunggu hingga
betul-betul dahaga baru mereka minum segelas air sedangkan sebenarnya haus
adalah petanda awal daripada dehidrasi kekurangan cairan dalam badan. Tubuh manusia
terdiri daripada hampir 70 % cairan.
Jika
anda seorang yang selalu berpeluh disebabkan bersenam atau selalu terdedah
kepada cuaca yang panas, anda perlulah minum air secukupnya untuk badan anda
atau makan makanan yang mengandungi air. Jika dalam situasi ini selepas anda
minum 8 – 10 gelas (3 liter air) sehari dan anda masih berasa dahaga
juga, anda perlu minum dengan lebih banyak.
Ada yang berpendapat warna urine juga boleh menandakan samada seseorang itu sedang dehidrasi atau tidak. Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk sistem badan anda yang lebih baik. (rujukan: Kevin Zahri)
Berikut
adalah kepentingan AIR untuk tubuh badan manusia:
1.)
Air boleh menyejukkan badan
Waktu
tengahari yang begitu panas, tubuh berpeluh mengingatkan kita untuk segera
minum air. Sebab jika tidak cukup air untuk memproduksikan peluh, volume
darah akan menurun sehingga sistem sirkulasi akan bermasalah. Kesan seperti pening,
kesukaran bernafas dan terasa hendak pitam terasa.
2.) Mengumpulkan zat-zat makanan
Air
membantu memindahkan zat-zat makanan melalui aliran darah ke seluruh
bahagian tubuh badan, mengikut keperluan bahagian itu sendri. Terdapat juga
beberapa zat makanan yang larut dalam air.
3.)
Mempermudah proses pembuangan
Jika
seseorang itu kekurangan air dalam badan, seseorang itu mudah mendapat
sembelit. Sembelit boleh menyebabkan orang sukar membuang air besar kerana
najis mengeras. Ia sekali gus menyebabkan anggota tertentu mengalami kesakitan.
4.)
Menjaga kulit tetap halus
Sel
memang mengandungi air, kerana itu bekalan yang cukup akan menjadikan kulit
kita lebih halus dan sihat. Kekurangan air bukan sahaja membuat kulit menjadi
kusam dan bersisik tetapi juga, seseorang itu cenderung kelihatan lesu dan jika
terjadi cirit birit, mereka akan kelihtan lebih uzur dan sakit.
5.)
Bebas dari penyakit batu karang
Batu
karang terjadi sewaktu sisa badan yang tidak terpakai atau komponen lain yg
melalui ginjal atau buah pinggang bergabung dengan bahan buangan lain. Jika
kekurangan air dalam tubuh, maka akan terbentuklah batu kecil seperti pasir dan
tumbuh sebesar batu. Jika kita banyak minum, batu-batu itu akan keluar di bawa
oleh air.**Kembali ke INDAHNYA KEHIDUPAN