Translate

“Assalamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh”

Tuesday, August 4, 2015

KETAM MASAK LEMAK NANAS

Bahan-Bahan:
4 Ekor Ketam (saiz sederhana)
½ biji nanas - dipotong kecil-kecil
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
½ inci kuntit hidup
3 biji cili merah
10 biji cili api
1 biji santan
garam secukup rasa
minyak masak


 




Cara-caranya:
1. Bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan kunyit hidup di blender hingga hancur.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah di blender tadi bersama dengan 2 batang serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
3. Ketam yang telah dibersihkan dibelah dua dan masukkan ke dalam periuk.
4. Kemudian masukkan nanas, tutup periuk dan buka api dengan perlahan.
5. Setelah air dari bahan yang diblender dan ketam serta nanas tadi hampir kering barulah dimasukkan santan.
6. Kacau dan setelah ia mendidih barulah dimasukkan garam. Didihkan sebentar sahaja dan sedia untuk dihidangkan.


**Kembali ke BUKU RESEPI