Translate

“Assalamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh”

Wednesday, August 5, 2015

MEE UDANG



Bahan bahan:
6 ekor udang besar (ikut suka)
6 ekor udang kecil buang kulit
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji tomato (atau 1 sudu besar tomato puree)
1 biji ubi kentang
Garam, gula, serbuk lada sulah
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
Mee - celur
telur - rebus

Bahan hiasan:
sawi - celur
cili merah - hiris
bawang goreng
daun bawang - hiris

Cara cara:
1.      Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.
2.      Sementara itu, ubi kentang direbus lembut sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, buah tomato atau tomato puree hingga halus.
Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi. 
3.      Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk lada sulah. 
4.      Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.
5.      Masukkan mee yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan telur rebus dan bahan bahan hiasan seperti bawang goring, daun bawang, sawi, cili merah (yang telah di hiris).

**Kembali ke BUKU RESEPI