Bahan- Bahan
Sayur:
10 batang kacang panjang - dipotong pendek/serong
10 batang kacang panjang - dipotong pendek/serong
2 biji kentang - di potong dadu/kecil
1 batang lobak - di potong 1" tapi tipis
1/4 biji kobis - di hiris
1/4 biji sengkuang- di potong 1 " tapi tipis
2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
2 keping tempe
2 batang serai- di titik
3 cawan santan cair
3 cawan santan pekat
garam dan sedikit gula
1/2 cawan minyak utk menumis
Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering
Cara-Cara:
1.
Panaskan minyak dan tumis bahan- bahan
kisar. Masukkan serai yang di titik.
2.
Tumis hingga terbit minyak.
Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yang di potong dadu tadi. Masak
hingga sedikit empuk
3.
Masukkan lobak, kacang panjang
dan sengkuang. Gaul sebati. Kemudian, masukkan pula, soo hoon, tahu kering,
tempe, tahu dan kobis.
4.
Masukkan santan cair dan biarkan
sehingga mendidih sambil di kacau.
5.
Masukkan cili merah yg di potong
serong tadi dan masukkan santan pekat.
6.
Masukkan garam secukup rasa dan
sedikit gula. Biarkan mendidih. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan
bolehlah di hidangkan.
Hidangkan bersama nasi impit, lontong, ketupat
ataupun bersama nasi putih. Boleh tambahkan telur dan sambal bilis..