1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik
daripada1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari
pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti
melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu
dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu
bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji
dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka”.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua
ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada
Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab
Rasulullah SAW "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap
lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang
yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba.
**Kembali ke TAZKIRAH dan RENUNGAN
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba.
**Kembali ke TAZKIRAH dan RENUNGAN