Tahukah anda?? delima adalah sejenis buah yang berasal dari Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubatiu pelbagai jenis penyakit. Tanaman perdu berbatang kayu ini mempunyai batang berduri, daunnya lonjong, kecil dan bertepi rata. Kulit buah delima biasanya berwarna hijau kekuningan. Bentuk buahnya seperti epal dengan kelopak bermahkota. Di dalamnya mempunyai beratus-ratus biji.
Khasiat buah Delima
1. Buah ini
mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Sejak
zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat
cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada
dinding usus manusia melepaskan pegangannya.
2. Dalam
perubatan Cina, biji delima putih mempunyai khasiat
anti-radang. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawat
menggunakan buah delima. Airnya bertindak sebagai astrigen disapu
kebahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.
3. Cara
memanfaatkan Delima:
·
Keputihan - 30g kulit delima kering, direbus dengan
satu liter air. Masakkan sehingga airnya tinggal separuh. Minum ramuan ini dua
kali sehari
·
Gangguan
pencernaan - 50g daun delima
segar dimasak dengan air. Minum sewaktu suam.Perut Kembung - Lima helai
daun delima kering direndam satu gelas air panas. Minum setelah agak sejuk,
minum tiga kali sehari.
·
Menurunkan
berat badan - Dua genggam daun
delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan
perahan pati, minum dua kali sehari.
**Kembali ke DUNIA TANAMAN