Translate

“Assalamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh”

Monday, August 3, 2015

FERTIGASI

Penanaman secara Fertigasi ialah satu teknologi penanaman baharu menggunakan kaedah penanaman di mana pembajaan dan pengairan diberikan serentak kepada tanaman. Keunikkan fertigasi adalah pemberian baja yang diagihkan terus ke pangkal tanaman tanpa menggunakan tanah dan hanya polibeg diperlukan.

Tanaman yang sesuai untuk Fertigasi
Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato,timun jepun,cili merah,terung,melon, strawberi dan juga pokok hiasan. Tumpuan lebih pada tanaman yang  bernilai tinggi untuk dipasarkan.

SISTEM FERTIGASI


Sistem Fertigasi ialah satu daripada cabang hidroponik yang menggunakan Sistem Titis Mikro. Kaedah titisan yang digunakan mampu membekalkan air dan larutan baja (nutrient) terus ke akar tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari.

Teknologi Sistem Fertigasi ini paling praktikal dibuat di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) untuk mengelakkan tanaman yang ditanam tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk dan buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Sistem Fertigasi ini juga boleh mengelakkan tanaman mereka daripada dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah. Selain daripada melindungi tanaman daripada jangkitan penyakit, SPH juga dapat mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair akibat air hujan dan mengakibatkan pertumbuhan pokok terjejas dan hasil merosot.









 
Kelebihan Sistem Fertigasi:
1) Nutrien lengkap dikawal ikut pertumbuhan pokok
2) Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit
3) Mengatasi masalah bawaan tanah
4) Kualiti hasil yang lebih baik dan cantik
5) Penggunaan baja yang cekap dan jimat
6) Mengurangkan penggunaan racun
7) Modal pusingan yang rendah
8) Meningkatkan hasil pengeluaran
9) Masalah merumpai sangat rendah

Rujukan: http://www.gmpeladang.com.my/fertigasi.htm

**Kembali ke DUNIA TANAMAN