Berikut adalah
bahagian-bahagian berkaitan aurat wanita, dan dalil ringkas mengenainya :
Menurut
riwayat Bukhari, Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
2. Kaki
(tumit kaki)
“Dan
janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar
diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
3. Wangian
“Siapa
sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya
mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan
tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada
“Hendaklah
mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.”
(An-Nur : 31)
(An-Nur : 31)
5. Gigi
Rasullulah
SAW melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan
giginya. (Riwayat At-Thabrani)
“Dilaknat
perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah
ciptaan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka
dan Tangan
Asma
Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah SAW dengan memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasullulah SAW:
“Wahai
Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat
Muslim dan Bukhari).
7. Tangan
“Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum
yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata
“Dan
katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari
pandangannya.” (An Nur : 31).
Sabda
Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu
hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut
(Suara)
“Janganlah
perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan
orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32)
Sabda
Rasulullah SAW, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu ke
dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan
“Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan
pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.” (An Nur : 31).
“Apabila
seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada
pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar)
“Tiada
seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,
melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat
Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian
“Barangsiapa
memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian
kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn
Majah)
“Sesungguhnya
sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang
yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.
Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari
dan Muslim).
“Hai
nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh
dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu
mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab :
59).
12. Rambut
“Wahai
anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga
mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup
rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari
dan Muslim).