Translate

“Assalamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh”

Saturday, August 15, 2015

Saturday, August 8, 2015

KUIH LOPES

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 sudu air kapur
1/2 sudu garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam


Bahan-bahan air gula:
3 ketul gula melaka
5 sudu gula
3 cawan air


Cara-cara:
1.      Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air selama 3jam.Masukkan juga pewarna hijau dan air kapur.
2.      Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang.
3.      Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan dan air pandan kukus lagi selama 30minit.
4.      Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat-padat dengan plastik/daun pisang. Biarkan sejuk, kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka.
5.      Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
6.      Semasa kukus pulut, boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk, bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
(*** air gula ini bergantung pada saiz gula melaka yang anda gunakan, jika guna yang besar boleh kurangkan gula.)

**Kembali ke BUKU RESEPI

Friday, August 7, 2015

ROTI JOHN


Bahan-bahan:  
(anggaran utk 4-6 orang )
250gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
sedikit garam
3 biji telur
sedikit butter
6 keping roti 'finger rolls' 

Thursday, August 6, 2015

5 JENIS MAKANAN ELAK KANSER PAYUDARA

Bersama-sama kita amalkan lima (5) jenis makanan di bawah ini untuk mengelakkan kanser payudara. Mencegah diri dari penyakit dengan usaha dan doa:

1.      Sayur-sayuran berjenis cruciferous
unguumerupakan sayuran cruciferous yang kaya dengan bahan-bahan anti-kanser. Sayuran jenis cruciferous mengandungi fitonutrien yang boleh menghentikan penularan sel kanser serta menahan sepenuhnya dari ia terjadi. Makan sayuran jenis cruciferous dalam rutin harian anda bersama minyak zaitun kerana ia juga dapat membantu penyerapan dalam badan dengan lebih pantas.


AURAT WANITA

Berikut adalah bahagian-bahagian berkaitan aurat wanita, dan dalil ringkas mengenainya :

1. Bulu Kening
Menurut riwayat Bukhari, Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.

2. Kaki (tumit kaki)
“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)

3. Wangian
“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

Wednesday, August 5, 2015

MEE UDANG



Bahan bahan:
6 ekor udang besar (ikut suka)
6 ekor udang kecil buang kulit
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji tomato (atau 1 sudu besar tomato puree)
1 biji ubi kentang
Garam, gula, serbuk lada sulah
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
Mee - celur
telur - rebus

SUP IKAN

3 keping isi ikan
3 biji kentang - di kupas dan potong empat
1/2  inci halia – di potong memanjang
3 ulas bawang merah  - di hiris 
3 ulas bawang putih - di hiris 
4 tangkai cili padi – dipotong memanjang
Daun bawang dan sup
Jus limau (jika suka sup masam)
Garam secukup rasa
Air secukupnya - untuk kuah

Bahan Sos
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos sotong/ikan

IKAN GORENG TIGA RASA

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
(boleh di goreng dengan tepung berempah segera)

Bahan Cincang Halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato

19 RAHSIA KEISTIMEWAAN WANITA


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah SAW di dalam syurga.


5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu!

DIAM

"DIAM..??" - senyum dan tak perlu kata apa-apa...

Itulah hakikat, kadang-kala DIAM itu lebih baik dari berkata-kata..

SAYUR LODEH



Bahan- Bahan Sayur:
10 batang kacang panjang - dipotong pendek/serong
2 biji kentang - di potong dadu/kecil
1 batang lobak - di potong 1" tapi tipis
1/4 biji kobis - di hiris
1/4 biji sengkuang- di potong 1 " tapi tipis
2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
2 keping tempe
2 keping tahu

MUFIN TELUR BERKEJU


Bahan-Bahan:
4 biji telur
100gm isi ayam | dihiris
1 biji tomato | dibuang biji dan dipotong dadu
1 biji bawang merah | dicincang
100gm keju parut
150gm isi jagung | direbus/kukus terlebih dahulu
50gm daun bawang | dihiris halus
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Tuesday, August 4, 2015

KETAM MASAK LEMAK NANAS

Bahan-Bahan:
4 Ekor Ketam (saiz sederhana)
½ biji nanas - dipotong kecil-kecil
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
½ inci kuntit hidup
3 biji cili merah
10 biji cili api
1 biji santan
garam secukup rasa
minyak masak

RAHSIA BUAH DELIMA


Tahukah anda?? delima adalah sejenis buah yang berasal dari Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubatiu pelbagai jenis penyakit. Tanaman perdu berbatang kayu ini mempunyai batang berduri, daunnya lonjong, kecil dan bertepi rata. Kulit buah delima biasanya berwarna hijau kekuningan. Bentuk buahnya seperti epal dengan kelopak bermahkota. Di dalamnya mempunyai beratus-ratus biji.






Khasiat buah Delima
1. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.

PARI BAKAR SAMBAL

Bahan-bahannya:
15 batang cili kering

– potong dan rendam dalam air panas (lembutkan cili)
3 biji bawang besar – potong kecil
2 biji bawang putih – potong kecil
1 biji tomato – potong kecil

1/2 cm belacan
 1/2 kilo ikan pari cuci kemudian salut dengan asam jawa tanpa air. (rendam 5 minit dalam air kapur untuk hilangkan hanyir)
beberapa helai daun pisang
3 biji atau lebih limau kasturi (untuk perah atas ikan)
Daun ketumbar (di racik kasar)
sedikit garam


Cara-caranya:
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, belacan dan tomato hingga halus.

2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak.
3. Masukkan garam. Bila dah garing, angkat dan ketepikan.
4. Alas daun pisang di atas dulang pembakar . Letak sedikit sambal kemudian letak ikan.
5. Tutup ikan dengan sambal sekali lagi. Bakar ikan hingga masak.


**Kembali ke BUKU RESEPI