Translate

“Assalamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh”

Sunday, May 24, 2015

KASIH IBU


Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin, menulis, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya bau surga itu diperolehi dengan perjalanan sejauh lima ratus tahun. Bau itu tidak akan diperolehi oleh orang yang mendurhakai ibu bapanya dan orang yang memutuskan silaturahim (riwayat At-Tabarani dari Abu Hurairah – sanad dhaif).

Perkara ini berasaskan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya:
Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab: Ibumu
Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu. Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu. Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.
Begitulah tingginya kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah s.a.w. Betapa mulianya seorang ibu hinggakan Nabi Muhammad meletakkannya sebagai pihak ketiga yang perlu dihormati selepas Allah dan Baginda. Kita juga pernah mendengar kata-kata, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


Mulianya kasih seorang ibu, tiada penganti walaupun dia telah tiada lagi. Hanya iringan doa anak yang soleh menjadi penemannya nanti. 

**Kembali ke TAZKIRAH & RENUNGAN