Translate

“Assalamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh”

Thursday, May 28, 2015

BISKUT CHEESE



Bahan-Bahan:
1/2 Tin Susu Pekat Manis
250 Gram Krim Keju
1 Paket Biskut Cracker Original
1 Kotak Kecil Susu Segar
150 Gram Nestum

Cara-Cara Menyediakan:
1. Campurkan susu pekat bersama keju.
2. Pukul sebati hingga kembang.
3. Rendamkan sebentar biskut Cracker dengan susu segar. Jangan sampai kembang.
4. Susun rapat di dalam loyang empat segi
5. Buat satu lapisan keju di atas biskut tadi sehingga menutupi biskut cracker.
6. Taburkan Nestum di atas lapisan keju. Ulang langkah3, 4 dan 5 mengikut ketebalan yang dikehendaki.
7. Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.


**Kembali ke BUKU RESEPI

Wednesday, May 27, 2015

SAMBAL TUMIS UDANG DAN PETAI

Bahan bahannya :
10 ekor udang kuning
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
1 sudu besar gula
Garam
Air asam jawa






Cara memasaknya :
1. Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis pula bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga cili benar benar garing dengan menggunakan api perlahan.
3. Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam jawa dan garam.
4. Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng dan kacau rata. Sesuaikan rasa dan tutup api. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang dimayang bulat dan kacau sehingga agak layu sebelum ditutup api.


Sedia untuk dihidangkan dengan nasi lemak mahupun nasi putih.

**Kembali ke BUKU RESEPI

PAPRIK SOTONG

Bahan-bahan:
3-4 ekor sotong - bersihkan dan potong
3 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar - dihiris kasar
2 batang serai - dihiris kasar
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi - di ketuk
1 biji cili merah - hiris menyerong
Bunga kobis
Kacang buncis
Lobak



Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos ikan
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang bawang putih dan cili padi ketuk, kacau sekejap.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram , sos ikan dan sotong. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.
3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran (Bunga kobis, kacang buncis dan lobak). Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan cili merah. tambahkan sedikit garam.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.

**Kembali ke BUKU RESEPI

NUGET AYAM

Bahan-Bahan:
200 gm daging ayam kisar
2 butir telur - ambil putih sahaja
1 sudu kecil serbuk kari
100 gm serbuk roti
½ labu bawang besar - cencang
Sedikit lada sulah
Sedikit serbuk perasa ayam - jika suka
Sedikit minyak masak

Tuesday, May 26, 2015

RENDANG TOK



Bahan- Bahan :
600 gm Daging Lembu Dipotong Dadu Besar
10 Tangkai Cili Kering
5 Ulas Bawang Merah
2 Ulas Bawang Putih
1 cm Halia
2 cm Lengkuas
2 Camca Besar Kerisik
3 Biji Kelapa (Ambil 4 Cawan Santan)
3 Camca Besar Rempah Kari Daging
3 Camca Besar Gula Melaka
1 Camca Teh Jintan Manis
2 Keping Asam Gelugur
100 gm Isi Kelapa Muda (Dihiris)
Garam Dan Lada Sulah Secukup Rasa

Langkah- Langkah Penyediaan Rendang Tok:
1.Satukan kesemua bahan kecuali isi kelapa muda ke dalam kuali.
2.Masak sehingga mendidih dan daging empuk.
3.Kecilkan api, kacau sehingga kering.
4.Akhir sekali, masukkan isi kelapa muda dan perasakan garamnya.

**Kembali ke BUKU RESEPI

Sunday, May 24, 2015

KASIH IBU


Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin, menulis, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya bau surga itu diperolehi dengan perjalanan sejauh lima ratus tahun. Bau itu tidak akan diperolehi oleh orang yang mendurhakai ibu bapanya dan orang yang memutuskan silaturahim (riwayat At-Tabarani dari Abu Hurairah – sanad dhaif).

Perkara ini berasaskan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya:
Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab: Ibumu
Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu. Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu. Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.

Saturday, May 23, 2015

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI


Bahan-bahan:
500g daging - potong nipis
200 ml santan
2 btg serai - ketuk
6-10 bj cili padi - tumbuk-
1/2 bj bawang besar - tumbuk
sedikit kunyit hidup
2 keping asam keping
air secukupnya
Garam secukup rasa



Friday, May 22, 2015

BIAR MISKIN, TAPI...

Miskin harta tidak mengapa, tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.
Miskin jiwa mudah kecewa dan derita akhirnya putus asa yang sangat berdosa.
- Madah Abuya-


**Kembali ke TAZKIRAH & RENUNGAN